Muzik Video Sampai Bila (lagu Misha Omar)

Video Muzik lagu ini hanya dilancarkan pada 1 November 2018 setelah gabungan video lirik (oleh Sony Music) dan video OST "Jangan Benci Cintaku" mencecah 10 juta tontonan di laman Youtube. Video muzik ini diarahkan oleh pengarah terkenal Chuan Looi dengan sentuhan penggayaaan oleh Colin Sim dan solekan oleh Sheng Shaw sebagaimana kulit album dan single sebelum ini - "Terima Ku Seadanya". Misha menyifatkan ia sebagai video muzik yang sangat menepati citarasanya. Untuk video ini, Misha mengundang sekitar 20 orang peminat untuk menjadi pelakon tambahan di studio dan lokasi luar iaitu sebuah rumah api di perairan pelabuhan Klang. Video muzik ini mendapat pujian ramai termasuk pengkritik kerana unsur sinematik yang kuat selain gaya minimalis yang agak segar untuk produksi video muzik di Malaysia.